Social Icons

Pages

Isnin, 15 Oktober 2012

Kenyataan Media : Banjir Kilat di Kluang





Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,

Saya telah mendapat aduan daripada penduduk di Kluang berkaitan dengan satu banjir kilat yang berlaku di Kluang petang semalam (14 Oktober 2012). Lokasi kejadian tersebut adalah di simpang empat berdekatan dengan pasaraya Econsave.

Saya telah ke tempat kejadian lebih kurang pada pukul 5.30 petang dan mendapati bahawa keadaan di sana sesak dengan kenderaan yang terpaksa mengharungi limpahan air di jalan raya dan ada kereta yang terpaksa di tarik keluar daripada kawasan takungan air.

Hujat lebat yang berlaku dalam masa satu jam telah menyebabkan air hujan yang mengalir daripada kawasan Taman Majupadu dan taman-taman sekitar mengalir ke dalam parit untuk menuju ke Sungai berdekatan. Begitu juga dengan air hujan yang mengalir daripada sepanjang Jalan Mersing mengalir ke arah yang sama sehingga menyebabkan laluan air yang sempit dan kecil tidak mampu untuk mengalirkan air mengikut laluan tersebut.

Masalah banjir kilat ini telah banyak kali berlaku namun tindakan untuk membesarkan laluan air oleh pihak berkuasa tempatan masih belum berjaya dilakukan. Sedangkan, kawasan perumahan dan premis perniagaan semakin pesat dibangunkan. Jika ia tidak ditangani dengan baik, saya bimbang ia akan menyebabkan banjir kilat akan berterusan berlaku dan akhirnya akan membahayakan pengguna jalanraya dan penduduk di sekitarnya.

Satu laporan berkaitan dengan perkara ini akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan dalam masa terdekat.

Sekian.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Yang Di Pertua PAS Kawasan Kluang
Penyelia Pusat Aduan Rakyat Mahkota, Kluang
019-7701830
twitter : khairulfaizi73

0 ulasan:

Catat Ulasan

Berita Utama Harakah Daily

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...