Social Icons

Pages

Isnin, 24 Disember 2012

Amanat Hadi: Majlis Fatwa digesa adakan muzakarah


PUTRAJAYA: Dewan Pemuda PAS Malaysia hari ini mengambil inisiatif mengadakan pertemuan dengan Majlis Fatwa berhubung isu 'Amanat Haji Hadi' yang sedang dimainkan oleh pihak tertentu.

Kunjungan ke Bahagian Pengurusan Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Putrajaya pagi tadi itu diketuai Setiausaha Dewan Pemuda PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil dan disertai beberapa anggota dewan itu.

Menurut beliau, inisiatif tersebut diambil ekoran beberapa mufti telah mengeluarkan 'fatwa' dan komentar berkenaan amanat tersebut.

Kenyataan mereka itu kemudiannya digunakan pihak tertentu bagi menjadikan isu tersebut sebagai polemik demi kepentingan politik mereka.

Dalam kunjungan itu mereka turut menyerahkan surat kepada wakil Majlis Fatwa agar diadakan muzakarah berhubung perkara itu.

Surat tersebut diterima Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Fatwa Jakim Abdullah Mat.

"Maka kita mengambil tindakan melalui saluran yang ada ini bagi memohon Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah berhubung isu tersebut," katanya sambil menyatakan kesediaan pemuda bermuzakarah dengan pihak Mjlis Fatwa bila-bila masa.

Jika ianya tidak ditangani segera, ianya akan menjadi bahan mainan politik Umno secara berterusan setiap kali menjelang pilihan raya, ujar Faizi lagi.

"Jadi kita tidak mahu ianya menjadi mainan politik Umno yang seolah-olah menggunakan institusi agama untuk menjayakan agenda politik mereka," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Berita Utama Harakah Daily

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...