Isnin, 27 Februari 2012

Carling Cup Final 2012 : Liverpool beat Cardiff in Penalty Shootout


Liverpool have reacquainted themselves with the business of winning trophies at Wembley. For a club with their ambitions, it has been too long and they will cherish the moments of jubilation that followed this latest reminder that, when it comes to penalty shootouts, they are only just behind Germany in terms of efficiency.This was the fifth time they have lifted a trophy because of their superiority from 12 yards and, in total, they have lost only two out of 13 shootouts. Some of the club's greatest moments have been shrouded in this form of high drama and it felt like they had been merely toying with everyone's emotions that they won despite missing their first two.

Final score and result:- Cardiff vs Liverpool 2-2 ( Mason, Turner/ Skrtel, Kuyt)- Liverpool win 3-2 on penalties

Wembley Stadium, London- 26 February, 2012- Carling Cup 2012 Final- 16.00 UK KO

Liverpool win the Carling Cup 3-2 on penalties after Cardiff substitute Anthony Gerrard, the cousin of Liverpool skipper Steven, misses the decisive spot kick for the the Bluebirds.

Ahad, 26 Februari 2012

Tangkap Khalwat : Dr Badrol Amin Buat Penjelasan

Published: Ahad Februari 26, 2012 MYT 10:38:00 AM

Badrul Amin Nafi Ditangkap Khalwat
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Pemimpin Kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrul Amin Baharon tampil menafikan bahawa beliau ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri orang oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) pada awal pagi Sabtu.

Malah Badrul Amin mendakwa kejadian berkenaan merupakan tindakan terancang pihak tertentu untuk memerangkap dan mengaibkan beliau."Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jaip di Kuantan."Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya," katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Badrul Amin berada di Kuantan bagi menghadiri temurapat atau retreat bersama pimpinan parti itu termasuk Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama tiga hari bermula Jumaat.

Menurut Badrul Amin, beliau dihubungi wanita berkenaan pada petang Jumaat lalu yang mengadu menghadapi masalah rumah tangga serta menyatakan hasrat untuk lari dari rumah kerana bimbang masalah keselamatan terancam.Bagaimanapun Badrul Amin yang mengaku mengenali wanita berkenaan dan suaminya menasihatkan agar dia tidak berbuat demikian."Walau bagaimanapun pada pukul 2 pagi 25 Februari 2012, dia telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

"Atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Namun pada pukul 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya."Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa," katanya.

Selain itu Badrul Amin turut mendakwa bahawa kumpulan lelaki berkenan bertindak memukulnya sehingga pihak keselamatan hotel tiba menghalang mereka."Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jaip tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik," katanya.

Selain itu Badrul Amin memberitahu, beliau dipanggil bagi membantu siasatan Jaip pada Isnin dan akan hadir bersama peguam bagi memberi kerjasama.

Kes Rogol dan Bunuh Semakin Parah : Terbaru Nurul Aien

Salam perjuangan,

Sedih mengenangkan semakin parah keadaan sosial di negara kita sekarang ini. Nilai nyawa sudah seperti tiada lagi dalam sebahagian daripada rakyat yang telah dikuasai nafsu serakah.

Terbaru, berita seorang anak gadis berusia 16 tahun dirogol dan dibunuh di dalam rumahnya sendiri cukup memeritkan hati.

Ke mana perginya iman dalam diri sehingga tergamak untuk membunuh mangsa setelah puas merogol?

Ya Allah, selamatkanlah kami...

---------------------------------------------------

TAIPING: Seorang ibu tunggal tidak menyangka anak perempuannya berusia 16 tahun yang ditinggalkan berseorangan dibunuh kejam suspek yang dipercayai cuba merogol dan mencabulnya di rumah mereka di Batu 9, Jalan Trong, Changkat Jering, di sini, kira-kira 4.30 petang kelmarin.

Nonri Musa, 40, yang ketika kejadian menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Wan Ahmad Rasdi, hampir pengsan melihat mayat anak ketiganya, Nurul Aien Mohd Saimon, 16, yang separuh badan termasuk kepala terendam dalam kolah yang dipenuhi air, manakala kakinya terjuntai keluar.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Nurul Aien yang juga pelajar SMK Datuk Wan Ahmad Rasdi itu turut cedera di kepala akibat hentakan objek keras.“Ketika bermesyuarat, saya dihubungi ahli keluarga memaklumkan anak saya mati dipercayai dibunuh. 

“Saya bergegas pulang ke rumah dan melihat keadaan anak yang sudah kaku. Saya tidak menyangka ada insan tidak berperikemanusiaan sanggup berbuat demikian,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.Beliau berkata, beberapa hari sebelum kejadian, dia ada melihat kelibat dua lelaki di belakang rumahnya dan apabila cuba disapa, mereka melarikan diri.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa perkara buruk dan tidak melaporkannya kepada polis sehinggalah semalam (kelmarin) anak saya ditemui mati,” katanya.

Jiran mangsa, Abd Halim Abd Majid, 45, yang tinggal kira-kira 50 meter dari rumah mangsa berkata, anaknya Afnan, 16, rakan karib mangsa terdengar jeritan dari arah rumah mangsa, sekitar jam 3.30 petang tetapi tidak menghiraukannya kerana menyangka keluarga jirannya hanya bergaduh sesama ahli keluarga.

“Tidak lama kemudian, ada saksi memaklumkan melihat seorang lelaki keluar dari rumah mangsa dan meredah kawasan semak di belakang rumah sebelum menyeberang Sungai Limau berdekatan rumah mangsa.

“Bagaimanapun, kami tidak menghiraukan kejadian itu sehingga dimaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa dalam bilik air Nonri, jam 4.30 petang,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah, berkata siasatan awal mendapati kes berkenaan tiada kaitan dengan rompakan berikutan tiada kesan pecah masuk selain tiada kehilangan barang berharga dan kesan bilik digeledah.

“Kami mengesyaki suspek cuba merogol dan mencabul sebelum membunuh mangsa dengan melemaskannya dalam kolah di bilik air rumah berkenaan. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan.

“Susulan siasatan itu, seorang lelaki berusia 18 tahun iaitu penduduk tempatan turut ditahan di kediamannya yang tidak jauh dari lokasi kejadian awal pagi tadi (semalam) bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, malam kelmarin untuk bedah siasat, sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 9, di sini, pagi semalam. -BH

Pemimpin PKR Ditangkap Khalwat ?

Salam perjuangan,

Sebelum melelapkan mata, saya cuba mencari beberapa isu yang 'panas' untuk saya berikan lontaran pandangan dan pendapat sebagai sebahagian daripada tradisi saya untuk memastikan bahawa setiap hari pasti ada isu ataupun pandangan massa yang akan menjadi bahan ulasan saya.


Namun tak menjadi jangkaan saya bahawa berita tertangkapnya seorang pimpinan PKR dengan tangkapan khalwat mewarnai berita edisi online secara menyeluruh pada ketika ini.

Terdapat beberapa blog yang telah mengenalpasti bahwa yang tertangkap itu adalah Dr Badrol Amin walaupun sehingga kini saya belum mendapat kesahihan berita tersebut daripada rakan-rakan dalam PKR. Apa yang pasti, SMS yang katanya dihantar oleh Dr Badrol Amin yang menafikan bahawa ia adalah satu tangkapan khalwat telah dimuatnaik dalam beberapa blog.

Saya masih menunggu berita yang sebenarnya berlaku dan mudah-mudahan ia tidak seperti mana yang dilaporkan.

Wassalam

------------------------------------------ Sabtu Februari 25, 2012

Pemimpin PKR Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Orang - mStar Online

Oleh IZRA ABD RAHMAN

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap khalwat bersama seorang wanita dipercayai berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan, Pahang, awal pagi Sabtu.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz.Mohd Ghazali berkata sekumpulan pegawai penguatkuasa Jaip tiba di hotel berkenaan kira-kira pukul 3.10 pagi sebaik menerima panggilan telefon daripada suami wanita berkenaan."Suami dan rakan-rakannya yang sampai di situ (hotel) dulu, sebelum Jaip tiba di lokasi yang sama untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.

Menurut Mohd Ghazali sehingga pukul 7 petang tadi pemimpin PKR tersebut masih disoal siasat oleh Jaip.Pemimpin PKR itu pernah menggelarkan Penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi dan memegang jawatan penting dalam parti itu di peringkat negeri Selangor.

Bagaimanapun, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dipercayai dihantar pemimpin tersebut kepada pimpinan dan ahli PKR yang lain, beliau menafikan tuduhan berkenaan.Menurut SMS berkenaan, pemimpin itu mendakwa wujudnya salah faham akibat masalah keluarga yang dihadapi wanita tersebut.

Jelas beliau, wanita berkenaan menghadapi masalah rumah tangga dengan suaminya dan sering lari dari rumah namun beliau turut menasihatinya agar pulang.

Sabtu, 25 Februari 2012

Himpunan Hijau 2.0 Dapat Permit!

Polis benar Himpunan Hijau 2.0

2012/02/24 KUANTAN: Polis hari ini memberi kebenaran kepada penganjur untuk mengadakan Himpunan Hijau 2.0 di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4 Ahad ini. Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusof, berkata pihak terbabit boleh mengadakan perhimpunan berkenaan tetapi bersyarat.

"Menerusi perjumpaan dengan penganjur pada 10 pagi tadi, kami sudah menjelaskan syarat yang perlu dipatuhi. Antaranya perhimpunan itu hanya boleh bercakap mengenai perhimpunan hijau sahaja selain mereka yang hadir tidak boleh membawa senjata dan benda tajam," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata tempoh untuk mengadakan perhimpunan itu hanya dibenarkan bermula pada 10 pagi sehingga 12 tengah hari sahaja.

Menerusi perjumpaan itu juga, katanya, penganjur bersetuju dengan syarat yang ditetapkan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk di sekitar Kuantan selain mengelak berlaku kesesakan.

Mengenai perubahan tempat, Mohd Jasmani berkata MPK tidak dapat memberi kebenaran untuk menggunakan padang MPK 1 berikutan pengubahsuaian padang berkenaan untuk persiapan temasya Sukan Malaysia.

"Polis sudah mencadangkan tempat penganjuran diubah ke padang MPK 4, Kemunting dan telah dipersetujui oleh MPK serta penganjur," katanya.

Beliau turut menjelaskan kebenaran kepada penganjur itu bukan satu permit yang dikeluarkan polis tetapi kebenaran mengikut Akta Himpunan Aman.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, berkata beliau akan memastikan perhimpunan itu berjalan dengan lancar dan aman dengan mengikut lunas undang-undang.

"Kita percaya semua pihak mahu ia berjalan dengan aman tanpa sebarang provokasi," katanya.

Selasa lalu, 26 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh Pahang membuat laporan polis membantah perhimpunan itu dengan alasan ia boleh menimbulkan masalah keselamatan dan ketenteraman awam.

Himpunan Hijau 2.0 bertujuan membantah operasi syarikat Lynas Advanced Material Plants yang diberikan lesen beroperasi sementara. - BERNAMA

Ana Raffali : Mula Bertudung Tetapi Dipersenda

Ana Raffali Tidak Hirau Dipersendakan Gara-Gara Bertudung -mStar Online
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

PETALING JAYA: Penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali tidak mahu menghiraukan cakap-cakap orang yang cuba mempersendakan penampilannya selepas tampil dengan imej bertudung.

Ana, 27, berkata, niatnya untuk melakukan perubahan dalam hidup dengan bertudung bukan untuk berfesyen tetapi melunaskan apa yang wajib untuknya sebagai seorang wanita Muslim.

"Segelintir pihak yang mempertikaikan gaya saya bertudung adalah berfikiran cetek dan berharap mereka hentikan kata-kata buruk terhadap orang lain."Bagaimanapun terpulang kepada mereka yang melihat kerana saya bertudung bukan untuk berfesyen tetapi berbalik kepada asas saya sebagai wanita Islam," ujarnya kepada mStar Onlineketika dihubungi pada Khamis.

Ana diminta mengulas mengenai komen sesetengah pihak menerusi Internet yang mengatakan penyanyi itu gagal tampil menarik apabila memakai tudung.Tambahnya, dia berasa selesa dengan imejnya kini dan apa yang dilakukannya adalah atas kesedaran sendiri dan bukannya paksaan sesiapa.

Ana mula bertudung pada sambutan Maulidur Rasul yang lalu dan memberitahu keputusan untuk berbuat demikian datang dengan sendiri pada hari tersebut.

Khamis, 23 Februari 2012

TERKINI! Demo Bantah Tentera Amerika Bakar A-Quran

Salam perjuangan,

Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menyerahkan Memorundum dan Menganjurkan Himpunan Aman di hadapan Kedutaan Amerika bagi mengutuk keras tindakan JAHAT dan CUAI Tentera Amerika Syarikat yang membuang dan membakar Al Quran yang diambil dari perpustakaan penjara di Pangkalan Udara Afghanistan kelmarin.

Maklumat Tindakan :

Perkara : Memo dan Demo

Tempat : Kedutaan Amerika

Tarikh : 24 Feb 2012

Hari : Jumaat

Masa : Selepas Solat Jumaat [ kumpul di Masjid Tabung Haji ]

Sebelum ini tahun 2010, Gereja Florida telah mencetus kemarahan ummat Islam apabila merancang untuk membakar Al Quran pada ulangtahun kesembilan peristiwa 11 September di New York dan Washington.

Rancangan serupa diulang oleh Terry Jones Paderi Amerika Syarikat pada tahun lalu 2011 sempena ulangtahun peristiwa 11 september. malah pembakaran Al Quran telah dilakukan oleh Paderi Wayne Sapp dibawah pengawasan Jones. Al Quran ada waktu itu telah direndamkan dalam minyak tanah selama sejam dan diletakkan dalam dulang besi di tengah - tengah gereja sebelum ianya dibakar dengan pemetik api barbeku. Al Quran di bakar selama 10 minit dan gambar pembakarannya dirakam. Semalam timbul lagi isu pembakaran Al Quran, kini dilakukan pula oleh Tentera Amerika Syarikat dan kononnya tindakan mereka tidak disengajakan.

Persoalannya berapa kali lagi ia akan berlaku ? Dewan Pemuda PAS mengutuk sekeras - kerasnya tindakan propaganda yang mencetus kemarahan ummat Islam seluruh dunia. Suatu tindakan yang tidak selayaknya dilakukan oleh insan yang bertamadun justeru ianya mempertajamkan lagi permusuhan antara mereka dengan ummat Islam.

Semoga Allah swt melaknat segala usaha untuk menghina dan memperlekehkan Islam dan memberi kekuatan kepada Ummat Islam untuk terus bangkit mempertahankan maruah agama dan harga diri.

Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Selasa, 21 Februari 2012

Puad Zakarshi Tuduh Anwar, Nik Aziz Berlakon

Salam perjuangan,

Saya membaca dalam Sinar Harian online pada hari ini dan mendapati bahawa terdapat satu berita yang bertajuk "Mohd Puad mendakwa Anwar, Nik Aziz berlakon" yang mana Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohd Puad Zarkashi menyatakan bahawa pertemuan yang dijadualkan di antara Ketua Pembangkang dengan Musyidul Am PAS adalah merupakan satu lakonan kerana Tuan Guru Nik Abd Aziz kuat menyebelahi DS Anwar sebelum daripada ini dan pandangan TG Nik Aziz tidak mewakili keseluruhan ahli PAS.

Saya mengingatkan Mohd Puad supaya jangan membuat sebarang dakwaan yang mengarut terhadap 'lakonan' yang kononnya dibuat oleh kedua-dua pemimpin tertinggi PAS dan PKR ini kerana itu pertemuan itu adalah hak kepada mereka untuk bertemu.

Saya juga meminta agar Mohd Puad supaya selesaikan dahulu isu berlabuhnya kapal perdagangan Israel di Perlabuhan Klang. Adakah kapal dagangan Israel yang singgah di perlabuhan Malaysia adalah merupakan satu lakonan?

Akhirnya, saya meminta agar Mohd Puad menghormati pertemuan yang diadakan ini kerana kepimpinan Pakatan Rakyat menyelesaikan masalah dengan harmoni

Wassalam

Musim Debat Bermula : Ibrahim Ali Berani Dalam Takut

Salam perjuangan,

Debat di antara Dr Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng baru-baru ini telah berjaya membuka gelanggang debat terbuka di antara tokoh politik dan masyarakat negara kita.


Datuk Mahfuz Omar mengembalikan nostalgia 12 tahun yang lalu dengan mencabar Datuk Hishamudin untuk berdebat. Saya menghubungi beliau sebentar tadi untuk bertanyakan perkembangan baru sama ada Hisham telah pun memberikan respon terhadap cabaran tersebut. Manalah tahu Hisham akan menghantar wakilnya seperti satu masa dahulu.

Terbaru, tiba-tiba Presiden Perkasa juga mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang untuk berdebat di atas tajuk siapa yang paling rasis, DAP atau Perkasa. Pada umumnya, saya boleh menerima tajuk tersebut kerana Perkasa sentiasa dipalitkan dengan perjuangan yang berlandaskan rasis, ruang yang ada ini dapat memberikan ruang Perkasa untuk membuktikan semua yang dilemparkan itu fitnah belaka.

Cuma yang agak melucukan adalah permintaan Datuk Ibrahim Ali yang mahu debat tersebut diadakan tanpa kehadiran hadirin atau penyokong. Saya tidak pasti apakah muslihat Datuk Ibrahim namun saya merasakan bahawa Datuk Ibrahim tidak mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan suasana tekanan daripada hadirin khususnya yang tidak menyebelahinya.

Saya katakan begitu kerana saya teringat bagaimana Datuk Ibrahim pernah 'naik angin' semasa dalam perbahasan Parlimen apabila beliau diprovok oleh ahli Parlimen yang lain.

Pada pandangan saya, jika debat tersebut diadakan tanpa penyokong maka saya cadangkan Datuk Ibrahim kembali semula ke alam persekolahan kerana di peringkat sekolah kerana debat diperingkat sekolahpun mempunyai penyokong kedua-dua pihak.

Tahniah Datuk Ibrahim Ali kerana mencabar YAB Lim Guan Eng walaupun cabaran tersebut dapat dikategorikan sebagai cabaran BERANI DALAM TAKUT.

Wassalam

Isnin, 20 Februari 2012

Umno Iktiraf Usaha Hassan Ali

Salam perjuangan,


Semasa sidang akhbar selepas merasmikan seminar pemantapan jentera Pergerakan Wanita Umno bahagian Muar semalam, Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia mengingatkan agar jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, digesa tidak leka dengan kesan positif yang diperoleh hasil pendedahan kepincangan PAS oleh Datuk Dr Hasan Ali.

Datuk Razali Ibrahim mengakui bahawa memang siri jelajah Dr Hasan Ali banyak memberi faedah kepada BN, tetapi Umnoikita tidak boleh leka sebaliknya terus mendekati rakyat kerana mereka yang akanmenjadi penentu kemenangan dalam pilihan raya nanti.

Datuk Razali Ibrahim juga mengakui bahawa Beliau tindakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu memberi peluang kepada BN untuk menjelaskan dasar kerajaan kepada rakyat tanpa halangan.

Dalam masa yang sama, PAS terpaksa mengambil masa yang banyak untuk membuat penjelasan kepada ahli mereka tentang perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dr Hasan Ali, dan ini memberi masa kepada BN untuk bekerja tanpa gangguan.

Bagi Datuk Razali, isu yang dibangkitkan Hasan akan membantu membuka mata rakyat terhadap kebenaran perjuangan Umno iaitu untuk agama Islam, bangsa Melayu dan memartabatkan institusi Raja-Raja Melayu.

Nampaknya, Umno bertuah kerana Dr Hassan Ali kini menjadi menjadi 'pegawai penerangan' tanpa tauliah yang turun ke serata negara bagi menyampaikan ceramah berkaitan dengan 'akidah' dan kuasa ketiga walaupun sebahagian besarnya Dr Hassan lebih menjurus kepada serangan terhadap PAS dan ianya turut diperakui oleh Naib Ketua Pemuda Umno.

Tidaklah mustahil andaikata roadshow Dr Hassan akan ditaja oleh Umno kerana Umno tidak perlu bersusah-susah lagi untuk turun ke lapangan memberikan penerangan. Tidak mustahil juga selepas ini pimpinan Umno akan duduk sepentas bersama Dr Hassan Ali kerana perjuangan mereka yang selari dan senada.

Wassalam

Sabtu, 18 Februari 2012

Kenyataan Media - Laporan Polis Terhadap MB Trengganu


Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Malaysia
  26 Rabiul Awal 1433 bersamaan 19 Februari 2012

Tajuk : Laporan Polis Pemuda PAS Terhadap Menteri Besar Trengganu

Dewan Pemuda PAS akan membuat laporan polis terhadap satu kenyataan fitnah jahat yang telah dikeluarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, dalam suratkhabar Berita Harian pada hari Khamis, 9 Februari 2012, di ruangan Nasional pada halaman 10 yang menyatakan dengan tajuk besar bahawa PAS 'PARTI AJARAN SESAT’.

Dewan Pemuda PAS Malaysia akan membuat laporan tersebut di Balai Polis Dang Wangi dan akan diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin bin Hassan bersama barisan pimpinan DPPM. Ia akan dibuat pada 20 Februari 2012 (Isnin) pada pukul 10 pagi.

Manakala laporan polis di peringkat negeri akan dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Negeri/Wilayah Persekutuan dan akan diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS negeri/Wilayah pada tarikh dan masa yang sama. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri/Wilayah yang berkenaan.

Wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia

Terima Kasih Dr Chua Soi Lek!

Salam perjuangan,

Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek yang telah mengiakan politik perkauman, politik menakut-nakutkan dan kebencian agama dalam debat di antara beliau dengan Setiausaha Agong DAP, YAB Lim Guan Eng.

Saya mengikuti debat tersebut melalui lintas langsung yang disiarkan oleh laman web Malaysiakini yang memberikan peluang kepada massa untuk mengikuti debat tersebut dengan baik.

Dr Chua dalam debat tersebut mengekalkan sikapnya yang gemar menanamkan politik perkauman dan kebencian terhadap agama seperti mana yang pernah didedahkan sebelum ini.

Dr Chua gemar menyerang PAS sebab dasar Islam yang PAS ingin terapkan di Malaysia sehingga calon PAS Dun Tenang memakai sarung tangan dijadikan oleh Dr Chua dan MCA.

Sedangkan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang lebih banyak bercakap soal integriti dalam pemerintahan dan keadilan untuk semua.

Saya percaya, debat ini akan lebih menjauhkan masyarakat Cina daripada BN yang semakin karam ketika ini.

Wassalam

=====================================


Dewan gamat apabila 'gergasi' MCA, DAP bersemuka - Malaysiakini

Dua tokoh politik masyarakat Cina bersemuka dalam debat yang disiar secara langsung dengan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berdepan dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Tajuk debat tersebut ialah 'Kaum Cina di persimpangan: Apakah sistem dua parti menjadi sistem dua bangsa?'.

Ketegangan dapat dirasai dalam dewan di Hotel Berjaya, Kuala Lumpur dengan yang dipenuhi 600 hadirin.

Kira-kira 200 orang yang gagal mendapatkan pas masuk pula mengikutinya melalui skrin besar yang dipasang di luar dewan.

LAPORAN LANGSUNG

4.55PM: Dewan gamat apabila penyokong kedua belah pihak melaungkan nama pedebat masing-masing ketika mereka mengambil tempat di pentas.

5.00pm: Moderator Tan Ah Chai, ketua pegawai eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur -Selangor, memulakan sesi debat dengan menjelaskan peraturannya.

Bagi ucapan pembukaan, pedebat masing-masing dibenarkan bercakap
selama lapan minit.

5.02pm: Kedua-dua pedebat menghampiri podium moderator untuk memilih pedebat pertama berucap. Chua akan berucap dahulu.

5.05pm: Selepas 8 Mac, 2008. DAP mengamalkan politik kebencian, kata Chua.

Beliau menambah DAP telah berubah dan kini bekerjasama dengan PAS, yang mahu melaksanakan sebuah negara teokratik. Beliau berkata, DAP tidak boleh menghalang PAS.

"DAP hanya bercakap besar," kata Chua, disambut tepukan gemuruh hadirin dari pihak MCA.

Dia menyokong hujahnya dengan menyatakan bahawa Kedah mengamalkan pengasingan gender manakala PAS membantah pawagam di Bangi, Selangor.

5.07pm: DAP suka memberitahu orang Cina bahawa mengundi pembangkang akan meningkatkan taraf hidup, sambil menunjuk bagaimana seorang calon DAP boleh menjadi ketua menteri Pulau Pinang, kata Chua.

Chua berkata DAP telah memberi harapan palsu kepada orang Cina bahawa keadaan sedemikian boleh berlaku di negeri-negeri lain juga.

5:10pm:
Chua mengatakan bahawa dalam negara berbilang budaya, rakyat Malaysia tidak boleh menyokong PAS kerana agenda negara Islamnya.

"Siapakah sekutu terbesar PAS?" tanya Chua, dan penyokong MCA menjerit serentak "DAP!".

5.12pm: kini tiba giliran Guan Eng.

Beliau berterima kasih kepada pihak penganjur debat tersebut tetapi berkata apa yang orang ramai mahu lihat ialah debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

5.14pm: "Kami dalam Pakatan Rakyat tidak mempergunakan satu sama lain. Yang penting bagi kami ialah bagaimana orang ramai menggunakan kami.

"Kami tidak menentang orang Melayu. Kami tidak menentang orang Cina. Kami menentang rasuah," kata Lim, disambut tepukan gemuruh penyokong Pakatan.
5:16pm: "DAP tidak mengiktiraf ketuanan Melayu. Kami mengiktiraf ketuanan rakyat," kata Lim.

Lim menambah bahawa Pakatan bersedia untuk melakukan apa yang BN enggan laku, seperti mengisytiharkan aset mereka dan memerangi rasuah.

"Ini adalah apa yang kita panggil sistem dua parti," kata Lim, diikuti tepukan penyokongnya.

5.20pm:
Debat masuk pusingan kedua, dengan moderator mengemukakan soalan: Keputusan pilihan raya lalu menunjukkan bahawa masyarakat berpecah kepada dua pemikiran. Bagaimana anda mengatasi masalah ini?

Chua pertama menjawab dengan berkata DAP tidak akan memberi perkhidmatan di kawasan pilihan raya yang tidak dimenanginya.

Malah, pejabat mereka juga akan hilang, kata Chua, dan para penyokongnya enyahut "ya" secara serentak.

Chua menyimpulkan bahawa sistem dua parti adalah slogan politik semata-mata.
5.25pm: Moderator Tan Ah Chai menerima soalan dari hadirin. Kebanyakan soalan dilihat datang dari kalangan penyokong MCA tetapi Lim melontarkan senyuman.

05:28pm: kontroversi kecil meletus ketika penyokong Pakatan beratur di mikrofon di sebelah tepi dewan mengadu kepada moderator kerana tidak mengambil soalan dari pihak mereka.

Moderator meminta Chua menjawab soalan awal yang ditanya oleh penyokong MCA.

5:36pm: Moderator mengumum membenarkan 10 minit lagi untuk menerima soalan dari hadirin.
Sesi seterusnya melibatkan penceramah mengemukakan soalan kepada satu sama lain. Lim bertanya apa yang pandangan MCA apabila
pemimpinnya ditangkap berhubung skandal PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang) dan bukannya pemimpin Umno.

Chua menjawab bahawa Lim mengambil laluan perkauman.

"Dia bertanya mengapa orang Cina ditangkap tetapi tidak orang Melayu?" kata Chua.

Chua berkata berbeza dari yang lain, MCA tidak akan menggunakan demonstrasi jalanan untuk membela seseorang kerana ia percaya bahawa sistem kehakiman adalah adil.
5.40pm: Giliran Chua mengemukakan soalan. Dia ingin tahu sama ada
dasar ekonomi Pakatan boleh membantu Malaysia menjadi sebuah masyarakat yang berpendapatan tinggi.

Lim berkata, dengan mengambil Pulau Pinang sebagai contoh, ia memastikan bahawa kerajaan negeri buat duit.

Antara lain, Lim berkata, ialah urus tadbir berhemah dan ia mengamalkan sistem tender terbuka.

"Ini telah membolehkan kita buat duit setiap tahun, yang diagihkan kembali kepada rakyat," kata Lim.

Beliau berkata, jika Malaysia benar-benar boleh menangani rasuah, maka  lebih banyak wang boleh disimpan, dan Pulau Pinang merupakan contoh utamanya.

5.45pm: Pusingan kedua hadirian mengemukakan soalan, termasuk beberapa soalan dari penyokong Pakatan.

Penyokong Pakatan Rakyat masih tidak berpuas hati kerana kebanyakan soalan datang dari penyokong MCA yang menyerang Lim dengan pelbagai soalan, berhubung dasar PAS dan prestasi Pulau Pinang.
5.55pm: Sekarang giliran Chua menjawab soalan dari hadirin dan membuat penggulungan.

Bagaimanapun, Chua memilih untuk menjawab perkara yang dibangkitkan Lim dalam ucapan penggulungannya. Lim berkata soalan yang perlu ditanya adalah sama ada MCA sanggup berdepan dengan Umno, dengan menegaskan bahawa Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat pernah berkata bahawa MCA ditinggalkan serbuk dari Umno.

Chua menolak kenyataan yang dibuat oleh Ong itu, dengan menegaskan bahawa dia (Ong) tidak relevan kepada MCA.
"Kami turun dia dalam masa kurang daripada setahun (dia berkuasa),"
kata Chua, disambut tepukan gemuruh penyokong kedua belah pihak.

6.05pm: Debat tersebut berakhir dengan Chua mengambil inisiatif untuk berjabat tangan Lim. Apabila debat itu selesai, hadirin sekali lagi berluangkan nama pedebat masing-masing

Menjelang Debat CSL dan LGE

Salam perjuangan,

Petang ini, dua tokoh politik daripada dua parti yang berbeza akan bertemu dalam debat yang bertajuk 'Kaum Cina di persimpangan: Apakah sistem dua parti menjadi sistem dua-bangsa?' yang dianjurkan oleh Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI). Debat itu akan disiarkan secara langsung dari Berjaya Times Square di Astro AEC dan YouTube, manakala skrin besar akan turut disediakan di luar dewan debat. debat akan bermula pada pukul 5 petang ini.

Debat di antara Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek dan Setiausaha Agong DAP YAB Lim Guan Eng sudah pasti akan mendapat perhatian pelbagai pihak kerana isu yang akan diperdebatkan adalah berkaitan dengan sistem dua parti yang berkaitan dengan masa depan masyarakat Cina di Malaysia.

Walaupun ia dilaksanakan dengan menggunakan bahasa ibunda masyarakat Cina namun saya berharap ianya akan dikembangkan dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggerisagar dapat menjadi rujukan dan bahan ilmiah untuk semua.


Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telahpun membuka langkahnya di dalam ucapannya pada pagi tadi dengan mendakwa Malaysia akan bankrap dalam hanya dua tahun sekiranya tawaran Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dilaksanakan. Dr Chua mendakwa dasar untuk memastikan pendapatan setiap isi rumah mencapai kadar RM4,000 dalam tempoh lima tahun akan menyebabkan hutang negara melebihi 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sudah tentu ia akan menjadi senjata Dr Chua untuk menyerang LGE pada petang ini berserta senjata-senjata yang lain.

Apapun, saya ucapkan selamat berjaya kepada kedua-duanya dan saya percaya LGE pasti mampu memberikan hujahnya dengan lebih baik.

Entah bila pula kita akan berpeluang untuk melihat debat di antara DS Najib Razak berdepan dengan DS Anwar ataupun DS TG Hadi?

Wassalam

Jumaat, 17 Februari 2012

Kelayakan Piala Thomas : Akhirnya Hafiz Hashim Dapatkan Mata

Salam perjuangan,

Saya tidak mengikuti siaran langsung perlawanan tadi tapi hanya merujuk kepada berita dalam internet yang memaklumkan kejayaan Malaysia mengalahkan India dengan 3-0.

Keputusan itu melegakan peminat badminton negara yang mana sebelum ini cukup gelisah dengan prestasi pasukan Malaysia yang membimbangkan lebih-lebih lagi dengan kekalahan berturut-turut perseorangan kedua Malaysia iaitu Hafiz Hashim.

Sebab itu, bila Malaysia berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 membawa makna Hafiz mula mengecapi kemenangannya di sana.

Sembilan tahun yang lalu Hafiz mengejutkan dunia apabila berjaya memenangi Piala Seluruh England ada usia 21 tahun. Hafiz diihat sebagai pemain muda yang akan meningkat naik dalam persada dunia badminton namun sejak kemenangan di England itu tidak berjaya membantu Hafiz untuk terus menempa kejayaan.

Pada usia 30 tahun, Hafiz sudah dilihat semakin dihujung kariernya namun saya berharap Hafiz akan menjadi penyumbang mata di dalam setiap kemenangan Malaysia selepas ini.
...................................

Malaysia Terus Mara Rebut Piala Thomas Selepas Tewaskan India 3-0

MALAYSIA terus bersaing untuk merebut Piala Thomas apabila pasukan negara mara ke separuh akhir menewaskan India 3-0 pada suku akhir kelayakan di Macau pada Khamis.

Kecemerlangan negara diperoleh menerusi mata pertama apabila jaguh Datuk Lee Chong Wei dalam perlawanan perseorangan menewaskan Ajay Jayaram dengan 21-12,17-21,21-8.

Mata kedua pula diatasi oleh regu Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong terhadap lawannya, Rupesh Kumar KT dan Sanave Thomas, 21-14, 23-21.

Mengubat kekecewaan pada perlawanan dengan Korea pada Rabu, Muhammad Hafiz Hashim bagaimanapun berjaya mencatatkan kemenangan bagi mata ketiga dengan mengetepikan Kashyap Parupalli, 21-17, 18-21, 21-11.

Pasukan negara akan bertemu Jepun dalam perlawanan separuh akhir pada Jumaat pukul 6.30 petang.

Rabu, 15 Februari 2012

Anak Muda Teruja Lagenda Bolasepak Masuk PAS

Salam perjuangan,

Semasa saya membaca berita yang disiarkan di dalam harakahdaily semalam, berita tentang seorang lagenda bolasepak tanahair iaitu Abdullah Ali bersama beberapa orang rakannya telah menyerah borang menyertai PAS di Kota Bahru, saya menerima SMS daripada seorang sahabat yang pernah bersekolah, menuntut di universiti dan bekerja dalam kilang industri yang sama untuk memberitahu kepada saya bahawa beliau teruja dengan berita ini.

Sebenarnya, bukanlah perkara baru apabila pemain bolasepak kebangsaan menyertai PAS kerana sebelum ini sudah ramai yang membuat langkah yang bijak ini. Sebagai contohnya, bakas Ketua pasukan bolasepak kebangsaan, Radhi Mat Din uang telah dinobatkan sebagai Tokoh Sukan Bolasepak sempena Muktamar DewancPemuda PAS pada tahun lalu. Radhi pernah dilantik sebagai exco Dewan Pemuda PAS Kedah.


Abdullah Ali, semasa menyerahkan borang untuk menyertai PAS sebagai ahli seumur hidup telah menyebut bahawa beliau memilih PAS kerana parti yang teah menjangkau usia 61 tahun ini satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam di Malaysia. Beliau sangat yakin dengan perjuangan PAS dan akan turun berkempen untuk memenangkan PAS dalam pilihanraya umum yangakan datang.

Mungkin dengan pengumuman ini dapat memberikan jawapan kepada dua individu yang ingin saya catatkan di sini iaitu Dr Hassan Ali dan Datuk Mohd Said. Dr Hassan yang sedang membuat roadshow diseluruh negara untuk memberikan penjelasan yang kononnya PAS telah lari daripada landasan perjuangan dan Datuk Mohd Said yang melabelkan PAS sebagai Parti Ajaran Sesat perlu membuat temujanji dengan lagenda bolasepak negara yang jauh lebih memahami.

Semoga dengan kemasukan Abdullah Ali akan menarik lebih ramai lagi lagenda bolasepak untuk sama-sama berjuang dengan PAS.Manalah tahu, nama-nama seperti Zainal Abidin Hasan, Dolah Salleh, Nasir Yusof, Khairul Azman Mohamad dan ramai lagi yang satu masa dahulu berjaya mewarnai sukan bolasepak Malaysia akan menurut langkah yang sama.

Insya Allah, saya akan usahakan agar satu program khas Abdulah Ali bersama anak muda akan dilaksanakan melalui DACS dalam masa terdekat ini.

Wassalam.

Berita Utama Harakah Daily

 

Khairul Faizi Copyright © 2011 -- Template modified by Qutuz's Legacy Chronicle | Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia -- Powered by Blogger